59 research outputs found

    Disleksia dalam konteks pembelajaran bahasa di Malaysia

    Get PDF
    The purpose of this paper is to inform the public about dyslexia in the context of learning of language in Malaysia. The researcher had conducted a survey on 7 subjects in Sekolah Kebangsaan Serdang. The research instruments were Jordan Writing Screening Test (JWST) and Jordan Oral Screening Test (JOST). The outcome of this research shows that there are two types of dyslexia in the reading aspect of Malay Language; visual dyslexia and auditory dyslexia. The outcome of this research also indicated dyslexic student ability to read and to learn language

    Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu

    Get PDF
    Kajian ilmiah ini dijalankan dengan tujuan mengenalpasti perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu. Kajian ini melihat pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu pada setiap pemeringkatan USIa. Pemerhatian dilakukan ke atas 32 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang mencakupi empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanakkanak tersebut ialah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ke atas aspek-aspek pemerolehan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak bertutur. Ujaran kanak-kanak ini dirakam dan dianalisis oleh penyelidik. Dapatan daripada pemerhatian tersebut adalah hasil daripada proses seperti temubual yang berlaku secara dirancang dan tidak dirancang. Kanak-kanak sudah dapat menguasai aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis pada peringkat menjelang tatabahasa dewasa dan peringkat kecekapan penuh. Manakala pada peringkat awal pemerolehan bahasa yang melibatkan kanak-kanak 0:5 bulan hingga 5:0 tahun, didapati kanak-kanak tersebut dapat mengujarkan peraturan bahasa dalam bahasa Melayu dengan mudah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecekapan kanak-kanak menguasai kata nama adalah berdasarkan kepada kata yang selalu di gunakan di rumah. Kanak-kanak hanya akan menggunakan kata yang mudah dan ketara daripada pemerhatian mereka. Pemerolehan kata nama kanak-kanak tidaklah berlaku secara sewenang-wenangnya. Dalam proses pemerolehan ini, kanak-kanak selalu menggunakan strategi simplifikasi( permudahan) bagi menggambarkan makna yang telah mereka kuasai. Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara penting yang merangkumi aspek-aspek pembelajaran kanak-kanak di peringkat prasekolah, dan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa sewaktu kanak-kanak berada di peringkat awal pemerolehan bahasa. Sesungguhnya semua pihak yang terlibat dalam pendidikan adalah bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan bahasa. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian merupakan cadangan untuk para guru, ibu bapa dan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan prasekolah, iaitu penggubal sukatan pelajaran dan penerbit buku. Semua pihak adalah bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan rangsangan kepada kanak-kanak untuk memastikan tahap penguasaan bahasa mereka terus berkembang selaras dengan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak

    Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu

    Get PDF
    Disleksia dalam aspek bacaan memang wujud tetapi ramai guru bahasa yang tidak menyedari hal ini kerana kekurangan pengetahuan. Dengan itu, murid-murid disleksia dimasukkan ke dalam kelas biasa dan terpaksa bersaing dengan murid-murid yang normal dalam semua aspek pembelajaran bahasa. Akibatnya, murid-murid disleksia mendapat markah yang lebih rendah daripada murid-murid normal dan mereka dianggap sebagai murid-murid lembab. Faktor ini mendorong penyelidik membuat penyelidikan tentang disleksia. Oleh sebab skop disleksia terlalu luas, maka penyelidik hanya memilih satu aspek, iaitu bacaan dengan harapan dapat mengembangkan ilmu pengetahuan yang baru dalam pembelajaran bahasa murid-murid disleksia. Penyelidik menjalankan kajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Serdang. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid Melayu tahap dua. Kaedah kajian yang digunakan terdiri daripada temuramah, pemerhatian, dan penterjemahan. Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994) diterapkan dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian daripada aspek bacaan bahasa Melayu murid-murid Melayu tahap dua menunjukkan memang terdapat murid-murid yang mengalami disleksia dalam kelas biasa. Selepas penyelidik membuat ujian saringan, kebanyakan murid-murid disleksia ini boleh dikategorikan sarna ada sebagai disleksia visual atau disleksia auditori. Konsep pembelajaran bahasa murid disleksia visual didapati berlainan dengan konsep pembelajaran murid disleksia auditori. Murid disleksia visual tidak dapat belajar melalui gambaran pandang kerana mereka sukar untuk mengekalkan imej sesuatu perkataan yang lengkap. Mereka perlu diberikan pendekatan yang berbentuk fonetik dalam pengajaran bacaan. Murid disleksia auditori mengalami masalah dalam pengamatan pendengaran. Oleh itu, mereka lemah dari segi tanggapan dan ingatan. Mereka tidak dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk latihan analisis fonetik dengan mendiskriminasikan bunyi huruf dengan perkataan yang sama. Mereka perlu diberikan pendekatan bentuk visual dalam pengajaran bacaan. Penyelidik juga telah mengenal pasti pendekatan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan murid disleksia. Murid disleksia visual sesuai diberikan latihan mengenal perkataan, meneliti pemerincian, mengenal oriantasi abjad, gambaran urutan abjad dalam perkataan, dan mempercepatkan kadar diskriminasi perkataan. Murid disleksia auditori sesuai diberikan latihan kesejajaran auditori-visual, pilihan perkataan yang bermakna, kaitan simbol bertulis dengan pengalaman, pengenalan frasa dan ayat yang asas, dan cerita berasaskan pengalaman bahasa. Selanjutnya, penyelidik dapati bahawa terdapat beberapa kaedah pembelajaran bahasa dalam aspek bacaan murid disleksia yang boleh diketengahkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Antaranya ialah kaedah Ortan Gillingham, pemulihan pembalikan huruf, dan pemulihan untuk huruf terbalik. Semua kaedah ini mempunyai teknik-teknik yang tersendiri seperti yang dinyatakan dalam tesis ini

    Effective information transfer of sport skills through modeling.

    Get PDF
    Visual demonstration has long been regarded as a critical instructional methodology for children’s motor skill and social development. Despite its widespread importance, skills demonstrations have often been characterized by information overload, lack of clarify and an overall failure to consider differences in children’s cognitive and physical abilities which play a strong role in their understanding of modeled actions. These problems result in young performers’ inability to translate what they see and hear into skilled movements, and this, in turn, may have a negative effect on subsequent motivation and self-confidence. Thus, the purpose of this research is to highlight the inhibition-disinheriting effects of modeling in the physical domain, specifically effective modeling techniques for enhancing self-efficacy and motivation, and reducing anxiety and stress prevalent in high-avoidance sport skills

    Daya Kreativiti Kanak-kanak: Satu Kajian Kes

    Get PDF
    AbstractPemerolehan bahasa berlaku pada manusia sejak lahir yang mana memiliki keupayaan untuk berbahasa dengan adanya alat pemerolehan bahasa semula jadi. Kajian “Daya Kreativiti Kanak-kanak” adalah bertujuan untuk mengenal pasti instrumen atau bahan yang bersesuaian untuk membina dan merangsang kreativiti kanak-kanak dan untuk menganalisis tahap kefahaman kanak-kanak melalui instrumen yang diuji. Dalam menguji kefahaman subjek kajian, Teori Kod Kognitif yang telah diperkenalkan oleh Chomsky dan Teori Pertumbuhan Kognisi oleh Piaget telah digunakan. Sebanyak lima orang subjek kajian yang terpilih, iaitu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di kawasan perumahan Seri Serdang, Selangor. Instrumen seperti buku cerita, lagu rakyat dan permainan digunakan dalam kajian ini. Instrumen lagu dan permainan yang menghasilkan penceritaan menunjukkan kanak-kanak pada tahap concrete operational yang mana kanak-kanak berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif dalam teori pertumbuhan kognisi oleh Jean Piaget. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah lapangan dan temu bual. Kajian ini memberi ruang kepada para guru untuk menggalakkan murid-murid berfikir di samping meningkatkan penguasaan kosa kata yang sedia ada, malah pada masa yang sama ini akan meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak

    Extralinguistics in Malay language mastery by international students at a private institution of higher learning

    Get PDF
    This study examined the relationship between learning strategies and extralinguistic factors in Malay language mastery by international students at a private institution of higher learning in Malaysia and also evaluated the effectiveness of the learning strategies applied in the learning of the Malay language. The study sample was international students who had followed the National Language (B) for 14 weeks. A total of 114 paper-based questionnaires were analyzed quantitatively. Microsoft Excel 2007 was used to process the raw data and SPSS version 18 was used for the quantitative analysis. Based on the Language Learning Strategies Model (Mohamed Amin Embi, 2000) and the Socio-psychological Theory (Gardner, 1985), the 59 strategies listed in the questionnaires were divided into two categories: learning in formal and informal situations. The Malay language learning strategies were identified through the calculation of percentage, frequency and the mean value (average) of the Likert scale. This study is considered necessary due to the reason that the influencing or motivating factors for foreign speakers in learning the Malay language differ significantly compared to the locals. This is because not all the language skills are needed by foreign students. Hence, efforts to develop effective study methods are limited due to the lack of comprehensive studies that focus on the learning of the Malay language as a foreign language, especially for international students studying at private institutions of higher learning. According to the findings, the strategy most preferred and practiced formally is 'students give full attention when the teacher is teaching'. Contrastingly, for informal strategies, ‘students will try to repeat aloud the vocabulary so that it is easy to remember' is the most preferred strategy. Overall, the foreign speakers seemed passive in learning the Malay language and depended very much on the extralinguistic factors, namely the encouragement of the lecturers who act as motivators. Lecturers play an important role in guiding them so that they apply the appropriate and effective strategies to improve their Malay language mastery process, not only to meet the academic requirements but also to carry out daily social activities in Malaysia

    Ketidaksantunan bahasa dalam blog politik di Malaysia

    Get PDF
    Makalah ini memfokuskan ketidaksantunan bahasa Melayu dalam blog politik di Malaysia yang bertujuan untuk mengkategorikan perkataan yang tidak santun dalam blog politik, berpandukan pendekatan Jay, 2000 dan Pinker, 2008b. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, soal selidik, dan pemerhatian. Dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks yang dipindahkan daripada blog politik. Penyelidik telah memilih 10 blog politik di Malaysia yang terdiri daripada 5 blog politik yang menyokong pihak kerajaan, dan 5 blog politik yang menyokong pihak pembangkang. Penyelidikan ini amat penting kepada penulis dan pengikut blog politik, pengkaji bahasa serta masyarakat umum supaya hasil penulisan blog politik menepati ciri kesantunan berbahasa yang merupakan tonggak kepada pembentukan sebuah negara bangsa. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat 94 perkataan tidak santun yang dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitugelaran kepada individu dan institusi, penyamaan manusia dengan haiwan atau makhluk, anggota badan, sifat dan kelakuan, penyamaan manusia dengan objek, dan keagamaan dan perkauman dengan 550 kekerapan secara keseluruhannya dalam blog politik yang dikaji

    Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid sekolah rendah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan membangunkan kit inovasi kata berimbuhan untuk mengatasi masalah penguasaan kata berimbuhan dalam kalangan murid sekolah rendah. Kit inovasi ini berperanan sebagai bahan alternatif aktiviti PdPc kata berimbuhan, bahan sokongan tenaga akademik untuk mempelbagaikan teknik pengajaran serta menyediakan pelbagai variasi soalan yang menjurus kepada penguasaan kata berimbuhan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and development Research Approach) yang diasaskan oleh Richey dan Klien (2007). Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang melibatkan 163 orang murid dan lima orang ketua panitia bahasa Melayu bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan kepada pembinaan kit inovasi kata berimbuhan. Fasa kedua kajian merangkumi pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk membangunkan kit inovasi kata berimbuhan berdasarkan pandangan keputusan panel pakar yang terdiri daripada 20 orang pakar. Fasa terakhir kajian ini ialah fasa penilaian kebolehgunaan kit inovasi kata berimbuhan. Kajian kuasi eksperimen dijalankan terhadap 68 orang murid yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan semua murid dan guru memerlukan kit sokongan berupa bahan alternatif untuk menguasai kata berimbuhan. Dapatan konsensus pakar, dalam fasa kedua menunjukkan kesemua konstruk kit inovasi mencapai kesepakatan pakar yang baik antara panel pakar dalam pembinaan item kit inovasi iaitu melebihi 66.7%. Hasil kajian kuasi eksperimen dalam fasa ketiga pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min pencapaian keseluruhan aspek kata berimbuhan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan berupaya meningkatkan penguasaan imbuhan murid sekolah rendah

    Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor

    Get PDF
    Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji strategi kemahiran membaca bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisi strategi kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah SJK(T) Batu Caves yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid. Pengkaji menggunakan Model Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Zamri Mahamod (2004) dan borang soal selidik yang diadaptasi daripada Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu dan telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang murid tahun 5 SJK(T) Batu Caves. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan tinjauan lapangan untuk mengumpul data kajian. Hasil dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang lebih kerap mengamalkan strategi kemahiran membaca berbanding murid lemah. Faktor utama yang mempengaruhi murid lemah dalam kemahiran membaca ialah sikap dan minat murid itu terhadap penguasaan bahasa Melayu dan juga peranan guru dalam mempelbagai cara pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas. Melalui penyelidikan ini, murid-murid yang lemah dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua boleh mengaplikasi strategi kemahiran membaca dalam menguasai bahasa Melayu. Selain itu, para guru bahasa Melayu dapat merangka aktiviti dan PdPcyang menarik dalam membantu murid-murid lemah menguasai kemahiran membaca. Ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam kajian ini. Ibu bapa boleh mengetahui atau memahami masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing dan mengatasi masalah tersebut dengan membelikan buku-buku yang bersesuaian mengikut tahap anak-anak

    Hearts for horses: a fun rehabilitation for dyslexia

    Get PDF
    The purpose of this study was to investigate parents’ perceptions and experiences of equine therapy for their dyslexic children. Twenty-four children were recruited from Malaysia Dyslexia Association in administering equine therapy. The research participants were parents of children with dyslexia. A sample size of twelve parents were therefore selected for the study. To complete this study, three modes of data collection was carried out, namely through observations, surveys and interviews. In this study, the researcher applied triangulation data by collecting three forms of data sources, namely questionnaires, audio and video recording and research field notes to increase validity and reliability of the research. Parents of the children in the treatment group gave feedback on their experience of equine therapy. Results from the parents demonstrated that their child has shown significant improvement in the following aspects, 1) physical & motor skills, (2) psychological, (3) social, and (4) cognitive. The findings showed that this unique intervention has improved them directly in a fun and new rehabilitation. The majority of the parents felt that the equine therapy was effective in treatment of learning difficulties
    corecore